Search

1,000 KELUARGA DI BATU PAHAT TERIMA KURNIAAN BANTU...

  • Share this:

1,000 KELUARGA DI BATU PAHAT TERIMA KURNIAAN BANTUAN MAKANAN

Seramai 1,000 keluarga yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 di daerah Batu Pahat, menerima kurniaan barangan keperluan makanan daripada DYMM Sultan Johor.

Bantuan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), disampaikan oleh Mejar Cina Dato' David Wong kepada Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas bertempat di gudang simpanan barangan itu, di Ulu Tiram pada hari ini (7 Disember).

Zulkiflee berkata, ramai hilang punca pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 semakin meningkat di Batu Pahat.

"Oleh demikian, kami memohon bantuan daripada pelbagai pihak bagi membantu meringankan beban rakyat memerlukan.

"Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas bantuan yang telah dikurniakan kepada rakyat daerah Batu Pahat” kata Pegawai Daerah Batu Pahat kepada Royal Press Office (RPO).

Barangan keperluan makanan itu, kemudian dibawa ke Batu Pahat dengan khidmat lima lori yang telah disanitasi untuk diagihkan kepada penerima terutamanya kepada ahli keluarga yang dijangkiti wabak berkenaan.

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor

Kredit https://www.facebook.com/456817247818307/posts/1724785411021478/?d=n


Tags:

About author
not provided
His Royal Highness Major General Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.
View all posts